*WORLD CLOCK

Sunday, May 1, 2011

asrama smk mengkuang terhebat !

assalamualaikum w.b.t DJ ucapkan kepada semua pembaca - pembaca blog asrama smk mengkuang. harini DJ nak melaporkan tentang kecemerlangan yang telah dijulang oleh ASRAMA SMK MENGKUANG. sungguh membanggakan kerna ASRAMA SMK MENGKUANG telah berjaya menjadi johan antara johan di peringkat pulau pinang. DJ sangatlah berpuas hati dengan kejayaan yang dijulang. tak sia sia guru-guru dan semua kakitangan asrama bertungkus-lumus hias asrama dengan cantik sekali. dan hasilnya sangat membanggakan. yang lebih membanggakan lagi SMK MENGKUANG bakal menjadi sebuah sekolah KLUSTER dan juga ASRAMA dapat mewakili negeri untuk ke pertandingan ASAT. pahit manis kami lalui bersama banyak kenangan-kenangan indah yang kami dapat semasa kami berusaha mencantikkan lagi asrama. Dahulu asalnya SMK MENGKUANG hanya sebuah nama kecil. tetapi sekarang sudah menjadi perbualan orang ramai. DJ sangat bersyukur atas apa yang telah asrama kita dapat. DJ juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah bertungkus lumus untuk membantu menaikkan nama asrama SMK MENGKUANG. baru baru ni ASRAMA kita telah dipilih unutk menjadi tuan rumah untuk pertandingan asat peringkat negeri. banyak sekolah sekolah yang layak diseluruh pulau pinang datang untuk bertanding di sekolah SMK MENGKUANG. di samping itu juga secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara semua pelajar dan guru. pelbagai pertandingan yang telah dipertandingkan seperti bola tampar , catur , azan , marhaban , berzanji , bahas , nasyid dan nyanyian solo. taniah DJ ucapkan kepada semua sekolah yang menjadi johan. oleh itu , DJ harap agar kita sama - sama menjaga dan mengharumkan nama sekolah dan asrama kita yang tercinta. wsalam ...

Saturday, March 19, 2011

selamat pulang semua !

SELAMAT PULANG KE ASRAMA WAHAI PENGHUNI-PENGHUNI SEKALIAN :) SEMOGA BEGUMBIRA HARI-HARI ANDA DI ASRAMA ! :) SEMANGAT 1 ASRAMA !

gambar gambar jualan aisrkrim





Tuesday, March 15, 2011

yum yum aiskrim :d



dimulakan dengan assalamualaikum w.b.t. 1stly DJ nak ucpkan terima kasih sbb sudi layan lagi blog ASRAMA yg tak seberapa sgt nie. hehe. cuti sekolah pun dah lama mula DJ baru nak story2 kat korank suma. sorry sgt sgt DJ pon agak sibuk dgn aktiviti banyak sgt aktiviti, latihan ni lah latihan nu lah :). oke back to the story , DJ nak citakan sebuah keluarga baru kami ygdatang dengan sejuknya :) yakni aiskrim lah kan.hehe. bila cita jea pasal aiskrim ni mesti suma terliur meleleh nya kan kan kan :). Usahawan muda asrama yang diketuai oleh Cikgu Faiz bertungkus lumus nak buatkan asrama lebih menarik dan semua penghuni asrama tak rasa boring sgt so cikgu pun amik keputusan nak adakan jualan aiskrim kat depan asrama. penjual aspura iaitu Aiman,hazim,bean dan faiz ditugaskan untuk menjual aiskrim di aspura. Aspuri pula Dj tak berapa tahu sgt yang pasti diketuai oleh Khairunnisa. waktu operasi jualan ni bermula pada jan 5.00 sampai 6.00 petang. bagi pihak aspura aiskrim tu dijual RM1/kon . Perisa dia jugak sangat sedap sedap belaka kalau makan sekali pasti nak lagi :). sampai DJ pun dah ketagih dah. Dj nak minta maaf sbb DJ belum ada gambar2 operasi. cuma gambar ni yg mampu DJ uploadkan . so harap keep in touch blog ni yah. sbb lepas ni DJ akan uploadkan gambar2 semasa operasi jualan dijalankan :) wsalam.

Friday, March 11, 2011

sambutan hari maulidurasul kg.mengkuang








assalamualaikum di sini DJ nak memohon maaf ats segala kesilapan yg DJ dah buat sbb DJ lambat nak story kat korank suma. sorry sgt sgt :). oke. mggu lepas pelajar aspura (semua) terpaksa balik pada hari sabtu sbb kami telah dijemput untuk memeriahkan lagi majlis sambutan hari maulidurasul di masjid kg.Mengkuang. semua khariah kg.Mengkuang gotong-royong untuk menyempurnakan majlis tu. Sanggat membangga kan sbb sekolah kita jugak ada seorang yg melibatkan diri untuk persembahan.(tadarus al-Quran). pada jam 7.30 pagi kami berkumpul di dataran aspura untuk siap sedia berarak dari sekolah ke masjid. Sangat meriah sbb kami dikawal oleh pakcik2 abg2 makcik2 kakak2 RELA dari sekolah ke masjid kg.Mengkuang. DJ pun rasa happy sgt sbb berpeluang berarak jauh. tapi penat tu mmg la penat kan. hehe. tak lupa jugak rombongan dari SK.Mengkuang , IPTB , IKBN jugak turut berarak bersama2 kami :).khariah kg.Mengkuang telah menjemput penceramah jemputan iaitu USTAZ FAWAZ. ceramah yg disampaikan oleh ustaz sungguh menarik sehingga berjaya membuatkan tak ada seorang pun tidur :D. mesej yg disampaikan amatlah berguna kepada kami. Seorang pelajar dari asrama smk mengkuang iaitu RIDZUAN AHMAD telah mewakili pelajar asrma untuk mentadaruskan al-Quran taniah diucapkan kerana berjaya menyempurnakannya dengan baik. kami dijamukan dengan nasi kenduri yg dimasak sendiri oleh khariah kg.Mengkuang sendiri. Nasi yg dimasak oleh penduduk kg. tu sedapppp :) smpai dj pun rasa mcm nak p 'double' haha. okelha sekian saja. dalam jam 2.30 petang kami pulang ke rumah masing-masing :)

Friday, February 25, 2011

sambutan hari maulidurasul 2011



assalamualaikum w.b.t . harini DJ nak berkongsi sedikit aktiviti yg baru terUPDATE pada hari jumaat yg lalu. Aktiviti yang menarik minggu ini berkenaan tentang SAMBUTAN HARI MAULIDUR RASUL. Terima kasih DJ nak ucpkan kpd semua pihak yg telah bertungkus-lumus menyempurnakan majlis ini. terutama sekali , warga-warga SMK MENGKUANG yg sanggup mengorbankan masa bersama keluarga untuk datang kesekolah buat persiapan.Pada tahun ini terdapat 1 keistimewaan yg tak pernah lagi DJ rasa selama DJ 4 tahun kat skolah ni. Keistimewaan tu adalah tahun nie pihak skolah ada bt mcm RUKUN TERTANGGA :D masak 'bubur lambok' . Terima kasih kpd semua guru2 dan pelajar2 yg sggp datang tlg smpai pukul 1 , 2 pagi n datang pulak pagi besok pukul 5 pagi semata2 nak tlg :D. DJ tak dapat nak uploadkan banyak gmbar sbb segala gambar ada dkt kawan DJ. so ini pun yg sempat DJ ambil dari PHOTOGRAPHER skolah. Terima kasih lagi sekali diucapkan.Alhamdulillah syukur kehadrat ilahi sbb majlis ni dpt berjalan dgn lancar. Dalam majlis ini tak sah kalau xda sebarang pertandingan kan.Antara pertandingan yg telah dianjurkan adalah 'nasyid , selawat , perbarisan dan kuiz'.Taniah yg diucapkan kpd pemenang2. sekian sahaja cerita untuk minggu ini. Pada minggu hadpan semua pelajar SMKM akan menduduki peperiksaan. harap semua dapat jawab semua soalan dgn selamat dan mudah. Aminn..