*WORLD CLOCK

Saturday, October 30, 2010

GOTONG - ROYONG






assalamualaikum. acecehh. hhe . hai hai hai. suma apa khoba? sihat kea?tga wt pe tuh? hhe. hope korank suma sihat sihat sihat sihat sajerrr. aminn. alhamdulillah..ahah. mggu ni dj nak cita kat BLOG WALKER suma tentang al-kisah > GOTONG-ROYONG asrama yang telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya.Alhamdulillah syukurr.tujuan gotong-royong ni dijalankan sbb ada pelajar dari brpa buah sekolah entah la dj pun tak pasti ha. tapi dengar2 300 orang pelajar jugak yang datang menginap diASMKM ha.mmg agak sibuk kami petang khamis tu.yang masyukknyea PREP petang ngan malam dibatalkan hhe. mmg best gilerr. tapi best, best jugak , keje kena la buat kan. ha. abang senior kami > MD DUANlah yang aturkan suma. masehh MD DUAN hhe. alhamdulillah suma tempat kat kawasan aspura ngan aspuri clear TIP TOP ! haha. walaupun ada jugak yang buat kerja main2 tapi bersih jugak akhirnya ha.dj nak mintak maaf bagi pihak aspuri sbb gamba depa xdak kat sini. hmm. mmg agak susah nak dapatkan gamba2 depa sbb aspuri xda yang MISS.PHOTOGRAPHY ha. nnt akan ditubuhkan insyaAllah.

Sunday, October 24, 2010

RENUNGAN BERSAMA >)




> renungkan lah , buat santapan rohani >)

Ketahuilah bahawa tidak ada taubat yang tidak dapat diterima Allah., asalkan saja benar-benar taubat. Setiap hari kita rasa bersalah atau berdoasa terhadap Allah, kerana melakukan kesilapan atau keterlanjuran dalam kehidupan harian kita.

Taubat adalah suatu amalan Nabi-Nabi/ Rasul-rasul, para sahabat , apatah lagi kita selaku manusia sekarang ini , yang selalu bergelimang dosa dan noda, sudah sewajarnyalah, selalu bertaubat memohon kemapunan kepada Allah.

Sabda Nabi saw:

" Semua anak adam (manusia) sering membuat kesalahan (dosa) dan sebaik-baik manusia membuat kesalahan (dosa) itu, ialah orang yang suka bertaubat".
- ( Riwayat Tarmizi)

Para ulamak mengatakan cara bertaubat itu adalah menghampirkan diri kepada Allah, dengan melakukan taat, dan kembali kepadaNya, dengan memperbaharui niat melakukan amal kebaikan.

Taubat dapat dibahagikan kepada 3 peringkat:

1. Meninggalkan perbuatan maksiat yang telah kita lakukan.
2. Menyesal perbuatan itu
3. Berazam tidak akan melakukan segala bentuk maksiat dan dosa.

Insya Allah jika kita berbuat demikian, kita akan mendapat keampunan Allah. Oleh itu lakukanlah taubat di atas kejahatan yang pernah kita lakukan. Lakukan dengan menyegerakan bertaubat dengan tidak menangguh-nangguhkannya lagi. Tuhan tetap akan menerima taubat hambaNya selama belum sampai di halqum. Sabda Nabi saw:

"Sesungguhnya Allah menerima taubat hambanya selama belum ghargharah (ertinya selama belum sampai di lehernya)."
- (Riwayat Tarmuzi)

Firman allah swt;

" Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada tuhanmu dan bertaubat kepadaNya. (Jika kamu mengerjakan yang demikian) niscaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik (terus menerus) kepadamu sampai kepada waktu yang telah ditentukan, dan Dia akan memberikan kepada tiap-tiap orang yang mempunyai keutamaan (balasan) keutamaannya, Jika kamu berpaling maka seseungguhnya aku takut, kamu akan ditimpa siksa di Hari Qiamat"
- (Surah Hud: 3)


Dalam penjelasan tentang keluasan ampunan Allah SWT dan rahmat-Nya bagi orang-orang yang bertaubat. Allah SWT berfirman:

"Katakanlah: "Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

(QS. Az-Zumar: 53)

Ayat ini membukakan pintu dengan seluas-luasnya bagi seluruh orang yang berdosa dan melakukan kesalahan. Meskipun dosa mereka telah mencapai seluas langit dan bumi sekalipun. Seperti sabda Rasulullah Saw:

"Jika kalian melakukan kesalahan-kesalahan (dosa) hingga kesalahan kalian itu sampai ke langit, kemudian kalian bertaubat, niscaya Allah SWT akan memberikan taubat kepada kalian."

(Hadis diriwayatkan oleh Ibnu Majah dari Abi Hurairah, dan ia menghukumkannya sebagai hadis hasan dalam kitab sahih Jami' Shagir - 5235)

Di antara keutamaan orang-orang yang bertaubat adalah: Allah SWT menugaskan para malaikat muqarrabin untuk beristighfar bagi mereka serta berdo'a kepada Allah SWT agar Allah SWT menyelamatkan mereka dari azab neraka. Serta memasukkan mereka ke dalam surga. Dan menyelamatkan mereka dari keburukan. Mereka memikirkan urusan mereka di dunia, sedangkan para malaikat sibuk dengan mereka di langit.

Allah SWT berfirman:

"(Malaikat-malaikat) yang memikul 'arsy dan malaikat yang berada di sekelilingnya bertasbih memuji Tuhannya dan mereka beriman kepada-Nya serta memintakan ampun bagi orang-orang yang beriman (seraya mengucapkan): "Ya Tuhan kami, rahmat dan ilmu Engkau meliputi segala sesuatu, maka berilah ampunan kepada orang-orang yang bertaubat dan mengikuti jalan Engkau dan peliharalah mereka dari siksaan neraka yang bernyala-nyala, ya Tuhan kami, dan masukkanlah mereka kedalam surga 'Adn yang telah Engkau janjikan kepada mereka dan orang-orang yang saleh di antara bapak -bapak mereka, dan isteri-isteri mereka, dan keturunan mereka semua. Sesungguhnya Engkaulah Yang maha Perkasa lagi Maha Bijaksana, dan peliharalah mereka dari (balasan) kejahatan. Dan orang-orang yang Engkau pelihara dari(pembalasan?)kejahatan pada hari itu maka sesungguhnya telah Engkau anugerahkan rahmat kepadanya dan itulah kemenangan yang besar."

(QS.Ghaafir: 7-9).

Terdapat banyak ayat dalam Al Qur'an yang menceritakan akan diterimanya taubat orang-orang yang melakukan taubat jika taubat mereka tulus, dengan banyak redaksi. Dengan berdalil pada kemurahan karunia Allah SWT, ampunan dan rahmat-Nya, yang tidak merasa sempit dengan perbuatan orang yang melakukan maksiat, meskipun kemaksiatan mereka telah demikian besar.

Seperti dalam firman Allah SWT:

"Tidakkah mereka mengetahui, bahwasanya Allah menerima taubat dari hamba-hambaNya dan menerima zakat, dan bahwasanya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang? ."

( At-Taubah: 104)

"Dan Dialah Yang menerima taubat dari hamba-hambaNya dan memaafkan kesalahan-kesalahan." .

( Asy-Syuuraa: 25)

Dan dalam menyipati Dzat Allah SWT: "Yang mengampuni dosa dan menerima taubat."

(QS. Ghaafir: 3)

Terutama orang yang bertaubat dan melakukan perbaikan. Atau dengan kata lain, orang yang bertaubat dan melakukan amal yang saleh. Seperti dalam firman Allah SWT dalam masalah pria dan wanita yang mencuri:

"Maka barangsiapa yang bertaubat (di antara pencuri-pencuri itu) sesudah melakukan kejahatan itu, dan memperbaiki diri, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha pengampun lagi Maha Penyayang.

-( Al Maaidah: 39)

"Tuhanmu telah menetapkan atas diriNya kasih sayang, (yaitu) bahwasanya barangsiapa yang berbuat kejahatan di antara kamu lantaran kejahilan, kemudian ia bertaubat setelah mengerjakannya, dan mengadakan perbaikan, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

( Al An'aam: 54)

"Kemudian, sesungguhnya Tuhanmu (mengampuni) bagi orang-orang yang mengerjakan kesalahan karena kebodohannya, kemudian mereka bertaubat setelah itu, dan memperbaiki ( dirinya) sesungguhnya Tuhanmu sesudah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

(An-Nahl: 119)

Puja-puji terhadap Allah SWT dengan nama-Nya "at-Tawwab" (Maha Penerima Taubat) terdapat dalam al Quran sebanyak sebelas tempat. Seperti dalam do'a Ibrahim dan Isma'il a.s.:

"Dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah yang Maha penerima taubat lagi Maha Penyayang." ( Al Baqarah: 128).

Juga seperti dalan sabda Nabi Musa kepada Bani Israil setelah mereka menyembah anak sapi:

"Maka bertaubatlah kepada Tuhan Yang menjadikan kamu, dan bunuhlah dirimu. Hal itu adalah lebih baik bagimu, pada sisi Tuhan Yang menjadikan kamu, maka Allah akan menerima taubatmu. Sesungguhnya Dialah yang Maha Penerima taubat dan Maha Penyayang ." ( Al Baqarah: 54)

Allah SWT berfirman kepada Rasul-Nya:

"Sesungguhnya jikalau mereka ketika menganiaya dirinya datang kepadamu, lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasulpun memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.

( An-Nisa: 64)

assalamualaikum


Saturday, October 23, 2010

PERANCANGAN JAMUAN = HAKEPA , HARI RAYA dan AKHIR TAHUN




hmm. hai hai . dah lama kami tak berburak - burak lam blog asrama nie. dj nak memohon maaap beribu - ribu kemaafan kepada suma BLOG-WALKERS yang visit blog yang dah berhabuk nie ha. yela tgk kat tepi tu ---> da ramai marah-marah kenapa tak post cita baru kan? .biasa la bebaru ni dj sibuk dengan nak exam lagi. so kena prepair awal ha. maka so maka so maka soo..... xsempat la nak mengupdate blog yang dah lama berhabuk kena tggl mcm tu saja ha.

Al-KISAH
dj na bgthu serba sedikit maklumat tentang majlis yang dah pihak PENTADBIR nak laksanakan iaitu majlis = hari anugerah kecemerlangan pelajar asrama (HAKEPA) jamuan hari raya , jamuan akhir tahun pelajar asrama. haaa. mmg agak susah sbb pihak pentadbir nakkan F3 yang handle. yang agak menyusahkan lagi : 3 majlis tu kena dijalankan serentak ha. .kami suma dah lantik semua ketua AJK. dy tak bg main kea apa?? dalam masa yang dah ditetapkan (2jam kot)mmg cukup la sangat masa tu .dj pon tak pasti sangat ha. sedikit 'detail' tentang majlis tersebut :

TARIKH / MASA
10/11/2010
20:00 - tak tau la pulok.

MAKANAN
belum dapat kepastian ......
plen2 deorang nak order nasi lauk ayam ngan sedikit cendol MIX dgn ais kacang kot. tatau la
dj pon tak pasti betoi ka dak

HADIAH
jangan risau dj dengar suma orang dapat hadiah tu. urmmmm
bestmyea

PERSEMBAHAN
yang tu dj tak dapat kepastian lagi. bap bap persembahan kami serahkan kepada abg BEN TEN kita yang buat. yang dj tahu nnt ada persembahan menari saja kot dari aspura. hmmm
tatau la tgk la nnt mcm mana ha.

PAKAIAN
yang ni dj agak tidak tahu. hhha. dgr2 berita HOT HOT sensasi yang tema malam tu :
malam seribu satu , arab , retro n ntah la . biar la dresing mcm mna pon asaikan dapat makan sudah kan ? hha

TEMPAT
tempat mula2 dj pun pening nak bgthu korank suma . ada yang kata kat dewan makan . ada yang kata kat dewan sekolah. tatau la. xpe tempat tu kat memana pun boleh. asaikan boleh dudk sudah kan. hhe.


mybe yang ni saja yang dj bole citakan kpda korank suma. dj pn da mgantuk da. da nak tido da haaa. hhe . lau pape yang detail dj tahu dj ROJER ROJER korank oke. thats alls >
*assalamualaikum*